![]() |
Nama glamour aku . . . Marah ! |
Sebenarnya pos ini adalah sambungan daripada pos sebelum ini . So , bagaimana mahu menjinakkan Raksasa Gorgon ini . Bagaimana mahu menghalangnya daripada terus mengganas ?. Daripada terus menelan satu per satu kewarasan yang masih berbaki dalam diri kita ? Sebelum itu mungkin lebih baik kita mengenali dulu "makanan" raksasa ini dahulu . Kebanyakan daripada kita secara tanpa sedar telah menyuap makanan-makanan ringan ini ke mulut Raksasa Gorgon laksana seorang ibu menyuapkan bubur ke mulut anak kecilnya(Eceh) tanpa kita sedari .
Makanan Raksasa Gorgon
![]() |
Makanan Raksasa . . ? Err |
*Emosi yang tidak terkawal . Sebagai contoh , sanggup memukul cuping telinga sahabat sehidup sematinya bertubi-tubi hanya kerana sahabatnya termakan lebih 0.01 nm biskut yang sepatutnya dibahagi separuh
*Perilaku yang agresif . Malah lebih agresif daripada pertempuran Pikachu dan Avatar kuasa tiga pada episod 88 . Membiarkan keagresifan menguasai diri juga ,mampu menghasilkan makanan tambahan buat raksasa terchenta ini . Eheh . Antaranya dendam kesumat bersam sedikit taburan benci dan perasaan menyampah secukup rasa . Emm . . Lazatnya . . ! Kata Raksasa Gorgon di dalam hatinya yang bertaman itu .
*Rasa dikachiwakan . Contohnya kalah dalam Counter Strike yang mana sememangnya begitu memfrustkan . Malah rasa kachiwa yang begitu mendalam bak Gaung Hohihu di Negara SanaSini juga mampu mencetuskan perasaan yang agak aneh . Mahu membunuh diri .Ok mungkin memang aneh lagi kurang bermoral . So , jauhkan diri anda daripada tingkap-tingkap yang berdekatan ya .
*Ha . . Ini merupakan diet yang paling digemari oleh sang raksasa . Tekanan perasaan . Kerana tekanan perasaanlah antara penyebab utama berlakunya kes-kes amuk , tembakan rambang dan juga memburu haiwan . (Eh ? Btol kot).Kebanyakan si pembunuh diri bersiri(ada ke?) juga mengalami simpton-simpton yang sama . So , elakkanlah memberi Raksasa Gorgon diet yang penuh kolesterol ini ya ?
Mengkuruskan Enchek Gorgon
![]() |
No more junk food Gorgon ! . . . .Yes mum |
*Latih diri memberi pandangan yang positif dan mengeluarakan buah fikiran yang osem tanpa menimbulkan kemrahan sedikitpun . Hatta sechalit mahupun sechoit pun .
*Tarik nafas. Tahan . Hembus . Tarik nafas . Tahan . Hembus . Ya . . Tenangkan diri anda . Pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di Bumbung Angkasa sambil memerhatikan matahari mula terbit . Oh . . sungguh asyik . Ah . Dengan burung-burung berkichawan dan unggas-unggas begitu liar sekali mencari kutu di bulu-bulu sahabatnya . Eh ? Apa tu ? Raksasa Gorgon ? Tidaaak ! . Eceh .
*Kawal pergerakan Mr Gorgon ini dengan cara meletakkan pagar-pagar konkrit berupa Al-Fatihah dan Zikrullah . Awasi dan sentiasalah sedar . Ada raksasa yang perlu dijinakkan !
*Belajar menjadi masyarakat yang bertamadun selain mengekalkan keoseman dalam bergaya . Kerana dipijak-pijak oleh Mr Gorgon bukanlah lambang ketamadunan di era globalisasi ini . Tetapi merupakan permulaan kepada kehanchuran Negara DiriSendiri .
*Mengamalkan sikap bertolak-tolak bertolak-ansur dalam hidup sehari-hari . Contohnya Abu yang bertolak ansur dengan adiknya dengan cara memberikan adiknya peluang untuk menambah pahala dengan membuatkan air sirap untuknya .
Baiklah . Macamana ? Sudah mengenal apa itu Raksasa dan apa itu Gorgon ? Bagus . Senyum bangga . Jadi bersama-samalah kita menghindari perbuatan Panas Baran , mak sedara Raksasa Gorgon selain menghindari raksasa itu sendiri . So lepas ni . kalau rasa nak me'RaksasaGorgon'i seseorang , ingatlah , anda mampu mengawal kebangkitannya . Jangan biarkan diri anda . . . Terus diselubungi . . .
Raksasa Gorgon . . . !
-BukanNakFemes-
Nota Kaki : Raksasa Gorgon = Marah
0 Bisik-Bisik Jerit-Pekik:
Post a Comment