300x250 AD TOP

Monday 17 December 2012

Tagged under:

BukanNakFemes . . ? Habis Nak Apa ?

Ehem  . .  Testing  . . 1 2 3  . .Testing . . .


Assalamualaikum . Selamat petang dan selamat membaca . Pada petang yang ceria , osem , dan bergaya ini , lahirlah sebuah belog yang logik untuk dikutuk dari segi designnya .Ya , kelihatan begitu hambar dan kuno bukan ? Silap-silap cimpanzi di hutan pon mentertawakan belog ini . Apatah lagi manushia-manushia yang begitu well educated tentang donia belog ini .  Tapi , ada Aku(bukan nama sebenar) kisah ? ha ? ha ? Ada ? Ehem . Cukuplah tu . Tapi kenapa tulis blog ? MukaBuku kan ada ? Si Burung Biru pun ada . Dan sekarang orang dah berVlog lah . Blog ni cara lama .   Lapukk ! Ketinggalan zaman ! Pigiddahh ! Kau duduk mana selama ni ? Gua Tempurung ? Patutlah kadang-kadang ada orang dengar ada orang menaip . Haha .Boo ! 


Heyy . . ! Masalahnya  . . ada Aku kisah ?Haha . Okay . Cukuplah .Sebenarnya kuasa penulisan ini sangat berkuasa . Malah , kadangkala lebih berkuasa daripada senjata api . Sebagai contoh yang paling mudah , sebelum kemerdekaan negara kita . Pelbagai momerondum segala bagai telah dihantar . Dan akhirnya , setelah berpeluh-peluh mengepos momerondum , setelah berbakul-bakul yang dirijek , akhirnya  negara kita beroleh kemerdekaan .Alhamdulillah

Pigiddah . . . !


Aku bukannya ada kisah yang osem-osem untuk tatapan umum . Nak cerita pasal apa ? Kereta ? Kewangan ? Silap-silap kena delete dengan Google . Menyemak ! Hoho . Tapi aku menulis ni sebagai salah satu usaha Aku untuk menyebarluaskan agama Allah ni . Walaupun ilmu seciput je macam misai Hitler , tapi itu bukan penghalang .Dakwah kan wajib ? Kalau bukan orang Islam sendiri yang nak tegakkan nama Allah dan Islam kat muka bumi dan MukaBuku ni  , Siapa lagi ? Hitachi Harubi , bapak angkat Naruto ? Terbenam a/l Gangnam ? Ha ? Ha ? Jawablaah. . . ! Uh ? Ehem . Tulisan juga sebenarnya adalah senjata paling kuat . Lebih kuat daripada bom nuklear .Lebih berkesan daripada Boboiboy kuasa tiga . Malah lebih osem daripada Sinaran Membunuh Raksasa Gorgon. Dan kesannya  . .  ? Ya . Mampu merobohkan sesebuah negara dalam sekelip mata .Mampu menauk dan menjatuhkan saham sesebuah syarikat semudah membeli Oreo .Dan yang paling penting , mampu menjadikan seorang nerdy + geeky yang hanya duduk di hadapan komputer siang dan malam , menaip itu dan ini kepada seorang hero yang disanjungi dan berjasa kepada negara dan donia ini .
 Sebagai contoh , Voltaire , seorang penulis terkemuka Perancis yang pada ketika itu , Perancis sedang dicengkam oleh Sistem Kerajaan yang dikuasai oleh Dinasti Bourbon . Hasil kritikannya terhadap status quo yang berleluasa pada ketika itu akhirnya telah berjaya melahirkan manusia-manusia yang akhirnya sedar , mereka perlu membuat sesuatu demi kepentingan negara mereka . Contohnya D’Anton, Marat, dan Robespierre. Malah , ramai lagi sebenarnya . 

Nah  . . ! Apalagi yang mahu disangkal ? Apalagi yang mahu diragu ? Mengapa masih tercegat sahaja sambil menggaru-garu pelipis yang tidak berapa gatal ? Sampai bila mahu berpeluk tubuh ? Membiarkan sahaja bumi ini dirobek-robek kesuciannya dek nafsu yang rakus ? Membiarkan sahaja anak - anak muda terus menjadi hamba kepada Mrs Nafsu dan orang-orang bawahan Enchek Saiton ? Biarlah aku menulis . Biarlah jikalau takdirnya peperangan in hanya Aku seorang yang perlu menanggungnya . Asalkan cita-cita utamaku tercapai . Asalkan keoseman Islam dapat kembali bersinar . Walaupun tulisan ku ini hanyalah karya picisan , tetapi inilah usahaku . Insya-Allah akan dinilai oleh Allah . Bukankah dahulu , pengasas Ikhwanul Muslimin juga susah untuk memperkenalkan usrahnya ? Sehingga terpaksa berdakwah di kedai-kedai kopi ? Tetapi akhirnya . berjaya bertahan selama beberapa ratus tahun sehingga ke hari ini . Okay .Faham ? Walaupun agak skema di situ . Eheh .

Bukan itu sahaja , penyibukan diri Aku dalam penulisan belog akan membantutkan usaha-usaha Enchek Saiton dalam menggoda Aku untuk berchatting dengan stranger-stranger berbahaya diluar sana yang kebanyakannya daripada jantina yang berlawanan : p (Hoho). Aku juga menulis sebagai salah satu cara untuk berdakwah sekaligus menunaikan tanggungjawab yang pasti dan memang pasti akan disoal oleh Allah diakhirat kelak . Tapikan , kenapa Aku menulis belog ? Sebuah persoalan yang masih belum dijawab sejak perenggan pertama . Adakah untuk mendapat follower yang ramai ? Kemudian ditimang-timang manja oleh bekas guru besar kerana berjaya menjadi seorang yang femes ? Ataupu mungkin untuk meluahkan rasa hati ? Ohh . .  Tidak sama sekali .Malah jauh panggang dari satay . Jauh sekali kerana  . . 



 Aku BukanNakFemes



Pertama-tamanya , belog ini adalah PERCUMA . Sengih. Oleh itu , apa yang diperlukan adalah modal sahaja . Modal apa ? Ilmulah  . . ! Tapi bukanlah bermakna Aku punya ilmu setinggi sarang burung Chipchip . Tetapi hanya sekadar berkongsi sahaja ilmu yang sejemput ini . Kedua , belog ini akan tersiar di internet tanpa perlu caj tambahan . Jadi , mengapa tidak ?  Ya . gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya , instead of MukaBuku , SiBurungBiru , KamuTiub dan sebagainya . . . Kann ? Tapi . .  alang-alang dah tulis belog , advertise lah kan ? Baru femes . Kann  . . ? Eh betul ke ? Sudah tentulah tidak . Tidakk sama sekali tidak . . . . berkali-kali sudah ku ulang .





Aku . . . 






-BukanNakFemes-

0 Bisik-Bisik Jerit-Pekik:

Post a Comment