Sabar . Jangan marah . Jangan suka berprasangka seperti OrangMarah dalam kisah Mimi . . Kau Rupanya ! . Begini . Huraianya akan menyusul .
Kenapa kau suka berprasangka buruk ? Begitu cepat akal fikiranmu yang selama ini dibasuh dan digilap agar bersih sesucinya dalam setiap rukuk dan sujudmu dibutakan sahaja sesuka hati oleh nafsu marah ? Sehingga buta mata hatimu apa itu rasional dan penumbuk ? Begitu mudah tewas kepada Enchek Saiton apabila berkaitan soal marah dan bersangka buruk . Hey . . . BNF !Kau rasa kau sudah begitu sempurnakah untuk menilai sahabatmu . Adakah kau merasakan ilmu yang sedikit itu sudah melayakkan kau untuk berprasangka buruk ? Untuk mengatakan " ya . . Hanya aku seorang yang betul dalam donia ni" ? Sedarlah . Tiada guna kau menulis andai hati masih lagi kotor . Hati masih lagi berkarat dengan prasangka dan syak .
Wahai BFN , sampai bila kau mahu terus menjadi hamba kepada Sang Iblis itu . Mengikut sahaja telunjuknya berbekalkan bukti-bukti yang tidak kukuh ? Kemudian menghamburkan kata-kata kesat kepada sahabat yang tidak bersalah di hadapan mu . Sedarlah . Ingatlah . Kau hanya seorang manushia yang penuh kekurangan lagi marahaen . Layakkah engkau menfitnah sahabatmu ? Hanya kerana dia pernah melakukan perkara itu sebelum ini ? Adakah ku cuba mengatakan dirinya tidak boleh berubah ? Adakah kau mempersoalkan hidayah Allah ? Heyy . . BNF ! Besarkanlah sedikit jiwamu . Jangan begitu mudah berkata itu dan ini tanpa usul periksa . Jangan berlagak seolah-olah kamu tahu apa sahaja . Sudahlah . Sia-sia sahaja kamu menulis . Sia-sia sahaja kepalamu diisi dengan pelbagai ilmu akhirat jika kamu hanya memeperlakukan pertama tersebut seperti sampah ! Ditinggalkan begitu sahaja tanpa beramal . Susahkah mengalahkan egomu ? Ya . .memang susah kalu ego mu itu lebih besar daripada donia dan isinya.
Apa salahnya jika kamu yang meminta maaf ? Adakah tangan yang selalu melakukan maksiat ini begitu suci dan berharga untuk dihulurkan demi menjaga keharmonian persahabatan dan ukhuwwah ? Dan mengapa hasad dengki dan iri hati begitu mudah bermaharalela dalam dirimu ? Keran kau seorang pelajar di sekolah agama ? Hey . . .BNF ! Sekolah bukan kayu ukur keimanan seseorang . Malah universiti , tempat kerja dan tempat tinggal sekalipun . Sedarlah . Sampai bila kau mahu mempertahankan keegoan mu yang digerakkan oleh tunjang-tunjang Enchek Saiton dan konco-konconya ? Dan sampai bila kamu mahu menangis apabila dihina tetapi tidak pernah menangis selayaknya seorang hamba yang fakir dihadapan Tuhannya ? Apalah gunanya membelek-belek kitab-kitab karangan para ulama jika di dalam solat kau masih terus dan terus berkhayal ?
Sudahlah . Tiada guna kau berkata-kata andai tidak mahu berubah .Apa kamu fikir dengan sikapmu yang suka berprasangka dan marah itu . kau mampu mencium bau syurga ? Tapi perlu diingat , Allah itu Maha Pengampun . Dan Allah itu Maha Adil . Percayalah kepada Tuhanmu . Yakinlah kepadaNya .Dalam ibadahmu . Untuk permulaan sebagai hamba yang longlai melawan nafsu . Engkau hanya perlukan keyakinan , kesungguhan dan pengharapan . Insya-Allah . Termenung .
![]() |
ZIKRULLAH . . .pengobat jiwa |
-BukanNakFemes-
0 Bisik-Bisik Jerit-Pekik:
Post a Comment